Monday, January 2, 2012 0 comments By: bj-agro Farm

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita masih diberi peluang dan ruang untuk meneruskan lagi perjuangan untuk mencari rezeki dan juga menambahkan amallan ibadat kepadanya. Semoga tahun ini juga segala perancangan akan terlaksana seterusnya berjaya mencapai segala matlamat yang diimpikan..InsyaALLAH.

Diharapkan ekonomi Malaysia khususnya dapat bertahan dan stabil supaya segala urusan dapat berjalan dengan lancar namun kita juga harus berwaspada dan sentiasa beringat di samping berjimat cermat dek kerana situasi sekarang amat lah membimbangkan. Mudah-mudahan marilah sama-sama kita berdoa agar semuanya selamat dan berkat semuanya..Amin..

Wassalam

Sunday, September 4, 2011 0 comments By: bj-agro Farm

salam aidilfitri 2011

Salam aidilfitri buat muslimin & muslimat seluruh Malaysia Dan sseleruh pelusuk dunia..Semoga ceria dan terus tingkatkan ketakwaan & keimanan kepadaNYA..insyaALLAH...Terima kasih buat pengunjung yang sudi melawat blog BJ Agro farm..segala aktiviti syarikat akan berjalan seperti biasa selepas ini. Akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Wassalam
Thursday, March 17, 2011 0 comments By: bj-agro Farm

Q1-operasi 2011


Sekilas pandang di kebun Sawit (GM021010)

InsyaALLAH kebun sawit ini akan ditambah lebih kurang 50 pokok lagi jika keluasan masih lagi ada. Disamping itu, pihak kami juga membuat tanaman selingan dengan tanaman pisang.








Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan tugas seharian serta kesihatan yang baik. Untuk 3 bulan pertama ini antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti membaja dan juga aktiviti terbaru iaitu menorah. Walaupun harga getah meningkat naik di pasaran sebelum ini namun pihak kami tidak berkesempatan untuk merasai nikmat harga getah yang melambung tinggi kerana pokok getah di kebun kami masih lagi baru iaitu masih lagi peringkat remaja (ukur lilit 18Inci ke atas)dan pengeluaran susu masih lagi tidak menggalakan. Pihak kami menjangkakan dapat toreh pada tahun ini sebanyak 30 % iaitu sebanyak 600 pokok atau lebih kurang 3 ekar. Mudah-mudahan harga getah di pasaran akan lebih kompetitif dan kekal dalam masa yang panjang. InsyaALLAH.

Sekilas di kebun Getah (GM011005):







" Bertani Satu Ibadah "



Monday, January 31, 2011 0 comments By: bj-agro Farm

Salam Hijrah 1432 Dan Tahun 2011


Assalamualaikum para pengunjung semua...


Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perintahNya serta tugasan harian.. Tahun ini merupakan tahun sibuk sikit dengan kerja-kerja di ladang di mana ladang Getah mula boleh ditoreh. Sasaran Awal adalah sebanyak 35 % pokok yang boleh dipilih untuk dibuka dan ditoreh.

Semoga Harga Getah terus kekal naik dan konsisten untuk tahun ini seterusnya hingga ke tahun depan. Di samping itu, diharapkan juga keadaan cuaca turut baik dan cerah..

" Bertani Satu Ibadah"

Sekilas pandang di Ladang:







Friday, November 19, 2010 0 comments By: bj-agro Farm

Alhamdulillah: Fasa Kedua siap akhirnya


Salam semua dan salam aidiladha..

Alhamdulillah setelah sekian lama tertangguh projek, akhirnya siap juga. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan dugaan yang mendatang..

Pada fasa ini pihak kami telah menukar tanaman getah ke sawit..seluas 4 ekar..insyaALLAH..selepas ini pada fasa berikut pihak kami akan memulakan tanaman getah insyaALLAH seluas 15 ekar..

Berikut adalah sedikit pemandangan di kebun kami:










Sunday, September 19, 2010 0 comments By: bj-agro Farm

Salam Aidilfitri 2010

Salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin buat semua pengunjung yang melayari blog ini.. Sudah lama x update blog ni..InsyaALLAH, kami akan sambung balik projek yang tertangguh sebelum ini..Projek kami akan bermula awal oktober ini mudah-mudahan segala perancangan akan berjalan lancar dan siap seperti yang dirancang..insyaALLAH..
Thursday, June 24, 2010 0 comments By: bj-agro Farm

updated fasa 2

Untuk fasa ini banyak kerja terpaksa ditangguh disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan di mana pada setiap petang hujan turun lebat dan begitu juga pada waktu malam. Walaupun berlakunya keadaan sedemikian, pihak kami tidak putus asa dan terpaksa membersih kawasan lorong dan juga kawasan laluan bagi kenderaan ladang. Target penanaman dijangka bulan hadapan, diharapkan segala perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Untuk mempercepatkan segala perancangan, pihak kami terpaksa mencari pekerja tambahan untuk membersihkan kawasan lorong tanaman. Walaupun pelbagai ujian melanda insyaALLAH pihak kami akan sabar dan tabah menghadapinya..







Buah cempedak menanti masa untuk diambil..ehehe..