Tuesday, January 26, 2010 By: bj-agro Farm

SALAM 2010

Semoga tahun ini memberi rahmat dan limpahan rezeki kepada mereka yang berusaha. Insya ALLAH, perancangan BJ-AgroFarm tahun 2010 adalah untuk melaksanakan projek tanaman kelapa sawit seluas 7 hektar di Gua Musang. Targetnya adalah dalam bulan April 2010. Mudah-mudahan juga harga Getah di pasaran masih lagi stabil dan terus meningkat naik. Ini kerana pokok Getah di kebun kami sudah pun boleh dipilh batangnya untuk ditoreh secara berperingkat-peringkat. Torehan sepenuhnya pada tahun hadapan.

....................................................................................................................................................
SELINGAN
.....................................................................................................................................................
DAUN PANDAN

Nak tunjuk skit gambar anak benih pandan saiz kecil dan besar. Daun pandan ni biasanya orang tanam tidak ikut sangat saiz benih. Ada yang tanam saiz kecil. Ada yang tanam saiz sederhana dan ada juga yang tanam saiz besar. Apa-apa pun daun pandan ni, sejenis tumbuhan yang mudah hidup dan biak walaupun tanam macam mana cara sekali pun. Dalam proses survey potensi pasaran daun pandan.










0 comments:

Post a Comment