Thursday, October 15, 2009 By: bj-agro Farm

Ayam KG...












Setelah 7 bulan memelihara ayam kg ni, terdapat beberapa perkara pihak kami perlu lakukan bagi memastikan ayam kg terus bertambah. Antaranya meningkatkan lagi aspek kebersihan reban, kawalan penyakit dan juga menambahkan bilangan tempat untuk ibu ayam bertelur dan mengeram. Pada masa kini, bilangan ayam jantan terlalu banyak iaitu 9 ekor di mana ibu ayam sebanyak 27 ekor. Sepatutnya 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor betina. Disebabkan itu, ayam jantan selalu bertengkar untuk menunjukkan kejaguhan dan kejantannya...hehe..

Jadi, bilangan ayam keseluruhan yang direkod setakat ini adalah sebanyak 57 ekor di mana baka jantan(9 ekor),baka betina(27 ekor), anak besar(14 ekor), anak kecil(7 ekor). Kalau diikutkan, bilangan keseluruhan dijangka menghampiri 100 ekor tetapi keadaan cuaca yang tidak menentu dan juga ibu ayam muda yang masih mentah untuk mengeram menyebabkan telur banyak rosak.

0 comments:

Post a Comment