Sunday, November 1, 2009 By: bj-agro Farm

TANAMAN KANGKUNG KOMERSIL


INFO KANGKUNG

Nama tempatan: Kangkung/ Kangkong

Nama saintifik :

Ipomoea aquatica Forsk.

Ipomoea reptans Poir1



Asal: Negara India



Berkembang ke: Negara Malaysia, Indonesia, Burma, China Selatan, Australia dan Afrika.



Nama Lain Kangkung:



Negara China- Weng Cai

Negara Eropah- swamp cabbage, water convovulus, atau water spinach.



Terdapat dua bentuk kangkung iaitu mempunyai daun licin berbentuk mata panah, sepanjang 5-6 inci dan satu lagi berbentuk tirus. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun. Tumbuhan yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih. Terdapat juga jenis daun lebar dan daun tirus.



Kebanyakan Kangkung merambat di lumpur dan tempat-tempat yang basah, seperti di tali air, parit air, atau terapung di atas air. Biasanya, kangkung mudah didapati di dataran rendah hingga 1.000 meter di atas permukaan laut.



Terdapat dua (2) jenis Kangkung yang terdiri daripada:



- kangkung darat yang disebut kangkung cina



- kangkung air yang tumbuh secara alami di sawah, rawa, atau parit.



Perbezaan:



Kangkung Darat



- berbunga putih bersih



-berbatang dan berdaun lebih kecil atau halus



Kangkung Air



berbunga putih kemerah-merahan.



berbatang dan berdaun lebih besar







PENANAMAN



Terdapat pelbagai cara untuk menanam tanaman ini. Ia bergantung kepada lokasi yang anda pilih samada hendak di tanam di batas mahupun di kawasan berair seperti tali air dan sebagainya. Dua (2) kaedah yang boleh dijadikan panduan:



Kaedah pertama :



PENYEDIAAN TANAH



Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. Alur dibuat merintangi batas denagn jarak 20cm dan sedalam 3cm untuk menabur benih.





MENANAM



Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 46 g biji benih sebatas (30 kg biji benih sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur. Selepas 10 – 14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang di syorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.





PEMBAJAAN



Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-



Pusingan pertama (sebelum menanam)



Baja Organan, 6 kg/ Batas dimana 4 tan/ ha.





Pusingan kedua (2 minggu)



Baja NPK 15:15:15, 0.4 kg/ Batas dimana 0.25 tan/ ha.





Pusingan ketiga (3 minggu)



Baja NPK 15:15:15, 0.5 kg/ Batas dimana 0.25 tan/ ha.





PENGAIRAN



Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.





KAWALAN RUMPAI



Kawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.





KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT



Kangkung jarang diserang oleh serangga. Penyakit utama yang menyerang adalah:-



Karat Putih (Albugo pomoeae aquaticae) – Amalkan tanaman giliran. Sembur racun mancozeb.





PENGUTIPAN HASIL



Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam. Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-15 tan/ha. Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/ha.







KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA



Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.





Kaedah kedua:



Potongan sepanjang 12-inci ditanam dalam lumpur dan dibiar basah. Semasa kangkong tumbuh, kawasan basah ditenggelami pada tahap 6 inci dan aliran air perlahan dikekalkan. Aliran air ini dihentikan semasa pembajaan. Rumpai dikawal dengan membanjiri kebun. Tuaian dilakukan 30 hari selepas penanaman. Apabila pucuk diambil, cabang sisi dan menegak digalakkan dan boleh dituai setiap 7-10 hari.





PASARAN



Cadangan pasaran adalah seperti berikut:



Pasar tani/ Borong/ Malam.



Peraih/ Pemborong.



Jual Sendiri.



Penguasaha restoran/ kedai makan.





Dari segi harga boleh rujuk laman web FAMA.





KEGUNAAN



boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam.



Kangkong sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.



Makanan haiwan seperti salah satu spesies haiwan Chersina, iaitu kura-kura, Arnab, ikan air tawar dan darat.





KHASIAT



dianggap sebagai pengusir racun dari tubuh (anti racun).



menyembuhkan sembelit dan ubat bagi mereka yang sedang melakukan diet.



Akar kangkung juga berguna untuk mengubati penyakit wasir.



Mengandung vitamin A, B1, dan C, juga mengandung protein, kalsium, fosfor, besi, karoten, hentriakontan, sitosterol.



0 comments:

Post a Comment