Monday, November 9, 2009 By: bj-agro Farm

SUKA-SUKA: Tanaman Pandan



INFO PANDAN
Nama Tempatan: PANDAN WANGI
Nama Botani : PANDANUS ADORUS

Tumbuhan ini adalah dari keluarga Pandanaceae iaitu sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Ia sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak ke atas. Tanaman ini dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia dan telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur dan juga sekeliling rumah Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad. Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga.
Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil.

SIFAT FIZIKAL PANDAN
Ketinggiannya adalah lebih kurang 0.75–1.50 m. Bagi ukuran panjang daun pula antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm.

KHASIAT/ KEGUNAANNYA
1. Industri Makanan (pewarna, pewangi dan perisa asli)
2. Perubatan (merawat demam campak dan mengubati penyakit spt sifillis, gonorea, denggi dan anaemia.
3. Kesihatan Rambut (Daun ditumbuk dan diambil airnya untuk dipupur ke rambut dan rambut akan jadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.





KISAH PANDAN KU (selingan)
Aku tanam pandan ini secara suka-suka dan juga mengisi ruang-ruang semak kat kebun depan rumah daripada tumbuh semak samun baik aku letak jer pandan ni. Bukannya beli pun benih, tu pun ambil di sekeliling rumah jer kebetulan pula hari tu, aku pergi ke rumah seorang pak cik ni, dia nak buang semua pokok pandan dia, jadi aku amik kesempatan la, daripada buang baik aku buat benih jer. Lama-kelamaan bleh buka ladang PANDAN..hehe..Menariknya tentang pandan ni, ia mudah membiak dan setiap kali kita potong ambil daun muda, ia cepat untuk keluar tunas baru. Di samping itu, ia juga tahan penyakit. Kebiasaannya, jiran sebelah rumah aku la(seorang peraih kecil) selalu ambil untuk dijual kepada rakan niaganya kat pasar. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada orang yang ambil dan ia akan semakin membiak apabila kerap dipotong pada batangnya. InsyaALLAH, sekarang ni dalam proses mencari maklumat dan analisis prospek pasaran, sekiranya berpuas hati dengan maklumat tersebut, jika tiada halangan, insyaALLAH kita akan pergi ke tahap KOMERSIL.

1 comments:

Unknown said...

mcm mane hasil penanaman daun pandan tuan sekarang

Post a Comment